Monday, March 12, 2012

Mutiara Kata Pembakar Semangat

  1. Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu” - (Asy-Syahid Hassan al-Banna)
  2. Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..

    Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

  3. Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

  4. Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

Tuesday, February 14, 2012

Kekejaman Kini Di Tanah Syria...


Assalamualaikum...


Astagfirullahalazim... kejam...zalim... xda hati perut... hanya ini yang mampu terungkap apabila mengetahui kisah yang terjadi di negara Syria sejak kebelakangan ini..

Kanak2 yang tak berdosa menjadi mangsa.. Beribu-ribu rakyat Syria gugur syahid dan beribu-ribu yang cedera dan menderita dek kekejaman rejim yang zalim ini..

Dulu kita didedahkan dengan kezaliman Hosni Mubarak, kini rejim Basyar pula menjadi perbualan hangat dimana2 sahaja.


1) Siapakah Bashar Assad yang sebenarnya?
Bashar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Bashar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4) Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Sumber ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)



Wallahu’alam….

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran...


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga serta menahan diri dari melakukan perbuatan2 yang boleh membatalkan puasa, arini tibalah masa kita meraikannya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di hari yang mulia ini untuk mengucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua...

Ambik lah kesempatan ini untuk kita saling maaf memaafi... sesungguhnya kita semua adalah bersaudara.. Orang yang menghubungkan silaturahim akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah s.w.t.. Wallahualam...

تقبل الله منا و منكم ~


Friday, August 26, 2011

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah..

Wanita....andai dirimu xdidampingi lelaki..usah merasa dirimu xsecantik wanita2 lain yg sering mnjadi tumpuan mereka...
~usah merasa dirimu adalah insan yg tidak layak dipandang...
~usah merasa dirimu tdk mempunyai kelebihan yg ada pada wanita lain...
Ingatlah wahai wanita muslimah...
*bersyukurlah pada Yang Maha Esa...kerana mlindungimu dari mnjadi salah seorg dari penyebar fitnah terbesar kepada kaum adam...
*bersyukurlah kerana Allah swt memayungimu dari kancah kemaksiatan yg semakin berleluasa di muka bumi...
*bersyukurlah kerana semulia mulia sifat seorang hamba Allah itu adalah menyedari bahawa dirinya ada kekurangan...
*bersyukurlah pada Yang Esa kerana mgkin Dia yang telah mgatur urusan jodohmu kelak...
Justeru,ingatlah wanita...mncintai Yang Satu itu adalah yg utama sebelum mncintai yg lainnya..simpanlah segala2 yg ada pda dirimu buat bakal pndampingmu kelak kerana hanya dia yg satu2nya akan mghargai dan mgetahui akan kelebihan yg ada pada dirimu..kerana mungkin nanti, kelebihan yg ada padamu yg tidak terpandang oleh lelaki lainlah yang membuatkan pasangan yg memg tercipta utkmu "jatuh hati" padamu...
Dan apa yg penting,jaga status mu sebagai seorang pemegang amanah dari Allah..jaga mahkotamu daripada diragut seorg lelaki yg xberhak keatasmu..jaga pandangan,hiasi peribadi...insyaAllah..dirimu pasti akan dicari pemiliknya..

Tuesday, August 23, 2011

Kau Datang Dan Pergi...

Assalamualaikum...

Hari ke 23 puase..

RAMADHAN datang membawa sejuta rahmat kepada seluruh umat Islam, kini ia bakal pergi meninggalkn kita.. oleh itu, manfaatkan masa yang ada dgn sebaik2 nya.. Sekiranya Allah masih memberi kesempatan kepada kita, maka tahun depan akan bersua kembali kita dengan RAMADHAN, jika tidak inilah RAMADHAN kita yang terakhir... Doaku semoga Allah masih memberi kesempatan itu kepada kita semua.. amin...

Sekian, wassalam...

Sunday, August 14, 2011

Latihan Pengukuhan...

Assalamualaikum...

Latihan untuk diri:
********************************************************************************
1. Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

2. SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

3. Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah....

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

4. LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)....♥ MasyaAllah ♥

********************************************************************************
J0m sama2 kita m'praktikkannya... :-)

Sekian saje, wassalam...

Saturday, August 13, 2011

Mutiara Kata

Assalamualaikum...

Semoga kita sama2 b'pegang pada kata2 ini...



InsyaAllah...

Sekian, wassalam...